Latar belakang Hindraf

Masyarakat India membentuk 8% dari 26 juta penduduk di Malaysia. Kebanyakan daripada mereka dibawa masuk oleh British kira-kira 200 tahun dahulu untuk bekerja di ladang sebagai penoreh getah. Sehingga hari ini sosio-ekonomi masyarakat India berada di belakang masyarakat utama lain seperti Cina dan Melayu.

Masyarakat India yang kebanyakannya beragama Hindu telah mendirikan banyak kuil di kawasan ladang dan kebanyakannya tidak berdaftar. Dengan arus perubahan yang melanda Malaysia, banyak kawasan ladang dibangunkan dan ini mencetuskan konflik antara pihak berkuasa tempatan yang mahu struktur haram dimusnahkan yang berhadapan dengan tentangan masyarakat Hindu. Beberapa siri perobohan kuil hindu terutama Kuil Mariaman di Padang Jawa, Selangor, pada 15 November 2007, menyemarakkan lagi perjuangan Hindraf yang mendakwa kerajaan Malaysia mengabaikan sosio-ekonomi masyarakat India.[6] Dengan menggunakan sentimen agama dan perkauman, Hindraf mendakwa kaum India dan agama Hindu ditindas oleh kerajaan Malaysia yang dipimpin UMNO dan mendakwa berlaku genosid dengan memberi contoh lebih 100 orang India dibunuh semasa Peristiwa Kampung Medan.[7]

Propaganda mereka disebarkan melalui majlis forum, pengedaran buku dan risalah dalam bahasa Tamil, penggunaan laman web dan SMS bagi mendapatkan sokongan moral dan material daripada kaum India. Kerajaan Malaysia mendakwa Hindraf turut menjadi dalang menentang pihak berkuasa tempatan yang hendak merobohkan kuil haram Hindu malah akan menggunakan gangster bagi menghalang perobohan kuil pada masa depan.[8]

Rujukan

WikiPedia: Hindraf http://www.hindraf.co/ http://www.atimes.com/atimes/Southeast_Asia/HA14Ae... http://bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=... http://bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=2... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.financialexpress.com/latest_full_story.... http://www.financialexpress.com/old/latest_full_st...